Hujan sedang lebat dengan kilat sabung-menyabung kat luar sana semasa aku sedang menaip entri ini. Sudah berkurun lamanya aku tak mengupdate blog kesayanganku ini. Tempat aku mengasah bakat menulis (k.o.n.o.n). Masa lunch hour tadi, kami ke Tesco Shah Alam. Aku mengambil peluang untuk pergi ke kedai buku BOOKS etc. untuk membeli 2 majalah kegemaranku ANIS Mac 2012 dan SOLUSI isu no.41 tapi aku beli sekali majalah Q&A bilangan 3 kerana isinya menarik perhatianku untuk dibaca.
Usai solat Zohor, aku membelek majalah SOLUSI. Kata-kata di muka hadapannya menarik untuk dikongsi....
"Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan bertujuan menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat, mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain."
| Inilah majalahnya. |
![]() |
| Nak beli? Click saja gambar ni.. |
| -Cik abang machoku sayang- |
Sesungguhnya, menutup aurat itu adalah kewajipan setiap muslim tanpa mengira lelaki atau perempuan. Yelah, lelaki pun ada batas auratnya juga kan..? Apabila kita sudah terbiasa menutup aurat, kita akan suka dan terus istiqamah menjaga aurat kita. Macam aku sekarang, bila dah terbiasa dengan tudung besar (aku tak tahu kenapa aku tak anggap tudung aku ni tudung labuh...ia cuma lebih besar dari biasa..), aku rasa tak lengkap kalau tidak memakai tudung yang sewaktu dengan tudungku sekarang. Tudungku yang lama telah aku sedekahkan kepada sepupuku. Moga mereka akan mendapat dorongan untuk menutup aurat dengan sempurna, InsyaAllah..
Akhirul kalam, ce renung-renung dan tenung dalam-dalam ayat ni..
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya" (Surah An-Nur 24: Ayat Ke 31)
![]() |
| terima kasih iluvislam.com |


suke Tun!...yg baru ni tak beli lagi...
ReplyDelete