Friday, February 24, 2012

Majalah SOLUSI yang best!

Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari yang ditunggu-tunggu. Hari untuk diraikan dengan melakukan pelbagai sunnah Rasulullah, kekasih Allah yang Maha Agung. Hari yang harus dipenuhi dengan amalan baik seperti membaca Quran (seharusnya surah Al-Kahfi), zikir dan selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. 

Hujan sedang lebat dengan kilat sabung-menyabung kat luar sana semasa aku sedang menaip entri ini. Sudah berkurun lamanya aku tak mengupdate blog kesayanganku ini. Tempat aku mengasah bakat menulis (k.o.n.o.n). Masa lunch hour tadi, kami ke Tesco Shah Alam. Aku mengambil peluang untuk pergi ke kedai buku BOOKS etc. untuk membeli 2 majalah kegemaranku ANIS Mac 2012 dan SOLUSI isu no.41 tapi aku beli sekali majalah Q&A bilangan 3 kerana isinya menarik perhatianku untuk dibaca.

Usai solat Zohor, aku membelek majalah SOLUSI. Kata-kata di muka hadapannya menarik untuk dikongsi....
"Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan bertujuan menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat, mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain."
Inilah majalahnya.
Alhamdulillah, dengan rahmat Allah, sebagai seorang muslimah aku dapat merasai kasih sayangNya dengan mematuhi perintahNya untuk menutup aurat. Aku masih bertatih untuk menutup aurat dengan sempurna. Lebih kurang 7 tahun yang lalu baru aku belajar untuk menyempurnakan penutupan auratku. Aku mula memakai tudung yang lebih besar. Waktu itu tudungku yang bersaiz 48 bertukar kepada saiz 55 dan seterusnya saiz 60 dan kini tudungku tepat-tepat 60inci lebar dan panjangnya. Tudung empat segi kan... Kebanyakan tudung-tudung tu aku beli kat butik Tudung Nur kat Greenwood, Gombak.
Nak beli? Click saja gambar ni..
Di waktu itu juga, aku belajar memakai stokin. Stokinku berwarna-warni dan pelbagai corak. Sedondon dengan baju yang aku pakai. Baju hijau, stokin belang-belang atau bunga-bunga yang ada warna hijau. Baju coklat, stokinnya berwarna sedondon. Dengan kasutku yang lebih ke arah kelelakian, aku memang tidak ayu langsung ketika itu. Stokin lengan pula aku mula belajar memakainya setelah aku mempunyai calon suami. Siapa lagi kalau bukan cik abangku yang macho itu!
-Cik abang machoku sayang-
Alhamdulillah, aku dikelilingi sahabat-sahabat yang banyak membantu aku berubah ke arah yang lebih baik. Khadijah, Shima, Azira dan Midah antara sahabat yang menutup aurat dengan sempurna di mataku. Walau tudung mereka tidak labuh sangat, mereka sentiasa berstokin dan memakai sarung lengan. Aku jadi terikut dengan cara pemakaian mereka. Odi pula selalu mengajakku ke surau. Calon suami (ketika itu) juga banyak membantu dengan memberi teguran membina. Sehingga kini, sang suami banyak menjadi perunding pakaian selain emak yang memang selalu menemaniku memborong kain untuk dibuat baju.

Sesungguhnya, menutup aurat itu adalah kewajipan setiap muslim tanpa mengira lelaki atau perempuan. Yelah, lelaki pun ada batas auratnya juga kan..? Apabila kita sudah terbiasa menutup aurat, kita akan suka dan terus istiqamah menjaga aurat kita. Macam aku sekarang, bila dah terbiasa dengan tudung besar (aku tak tahu kenapa aku tak anggap tudung aku ni tudung labuh...ia cuma lebih besar dari biasa..), aku rasa tak lengkap kalau tidak memakai tudung yang sewaktu dengan tudungku sekarang. Tudungku yang lama telah aku sedekahkan kepada sepupuku. Moga mereka akan mendapat dorongan untuk menutup aurat dengan sempurna, InsyaAllah..

Akhirul kalam, ce renung-renung dan tenung dalam-dalam ayat ni..
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya" (Surah An-Nur 24: Ayat Ke 31)

terima kasih iluvislam.com
p/s: aku ni bukanlah ustazah yang boleh bagi tazkirah panjang...ini sekadar perkongsian pengalaman. Moga sesiapa yang membacanya dapat mendapat manfaat. InsyaAllah.

Sunday, August 7, 2011

happy 29th anniversary dear!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blogku..
Pagi Ramadhan nan indah ini, aku ingin menulis entri khas buat kedua ibubapaku. Dengan penuh keyakinan, aku ingin menulisnya di dalam bahasa Inggeris [My writing in  English is very very bad especially the grammar...just bear with it, ok? Moreover, this is my blog rite?]
So, this is my entry....

"Today is 07.08.2011.
29 years ago, on 07.08.1982 (17th Shawwal 1402H), was the day when 2 heart become one. A solemnisation ceremony of my beloved Abah-Razali Mohamed and Emak-Jareaah Jauhari after a few years of long-distance relationship [owh,i inherited it from u guys..] was held in my grandparents house in Klang [the house where i was born].
-sorry the akad nikah's picture cannot be uploaded because my mom is not wearing her hijab.

A holi-moon at Pangkor with the whole family
Emak and Abah,
From the bottom of my heart, I wish a happy 29th anniversary.
May Allah bless you with lots of love and happiness in the whole world, a few more cucu [insyaAllah, please do pray for me] and may Allah made your dream to perform Hajj on 2013 come true my dearest parents. I love u till my last breath..
[Oh,i'm crying....i'm such a cry baby!!]

And,

Happy 54th birthday to my beloved Abah. May Allah give u strength to be a pious servant to The Almighty and bless your life here and hereafter.

We love you!!! xoxo
-Atun, Shidee & Hakeem

Thursday, August 4, 2011

hakeem makan aiskrim!

Gambar-gambar ini diambil semasa Hakeem baru belajar makan aiskrim. Dia kidnap aiskrim ummi dan makan dengan penuh berselera. Kira ini silent entri...tengok gambar sahaja ya kawan-kawan! =))
[Gambar-gambar diambil pada PBAKL 2011 yang lalu. Lama dah!]




























salam Ramadhan...



Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
Alhamdulillah, bulan pesta ibadah datang lagi.  Sudah 4 hari umat Islam di nusantara ini berpuasa. Syukur padaMu Ya Allah kerana dengan rahmatMu aku dapat lagi menikmati keindahan beribadah di bulan Ramadhan. Sesungguhnya aku dan suami berazam untuk menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan kami tahun lepas. InsyaAllah..


Sesungguhnya kita perlu berazam untuk menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik buat kita kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemputNya. Mana lah tahu tahun hadapan kita tidak sempat menyambut Ramadhan. Ajal maut kita tak tahu kan..

Owh, ni ada sedikit info daripada sang suami tercinta yang boleh dikongsikan bersama pembaca blogku... Semoga kita mendapat manfaat daripada informasi ini. InsyaAllah..
[Sumber info tidak diperolehi lah pulak.. Apapun, thank you dear..]

Love u dear..

Salinan email yang diterima pada 30.07.2011
Sejarah Ramadhan

  1. Ramadhan: Ertinya panas terik (tidak hairanlah memang cuaca panas di bulan Ramadhan ni.. mungkin ia salah satu rahsia Allah. Dia nak kita bertahan dengan cuaca ni untuk meningkatkan pahala kita....)
  2. Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
  3. Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
  4. Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
  5. Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
  6. Di pilih untuk ibadat puasa.
  7. Di pilih untuk lain-lain ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
  1. Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
  2. Bulan penuh keberkatan.
  3. Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan.
  4. Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu.
  5. Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
  6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
  7. Bulan menambah rezeki.
  8. Memberi berbuka banyak pahala.
  9. Bulan keampunan [Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa pada sepertiga malam.]

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
(Banyak tetapi jika tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
  1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan (ucaplah : "Ramadhan kareem...")
  2. Menempah pakaian untuk Ramadhan
  3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
  4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
  5. Berazam melakukan Terawih 20 rakaat
  6. Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
  7. Solat berjemaah setiap waktu
  8. Solat jemaah di masjid/surau
  9. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
  10. Sahur diwaktu akhir
  11. Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
  12. Mandi Janabah sebelum Imsak
  13. Kurangkan tidur
  14. Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
  15. Tunaikan Solat Dhuha
  16. Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
  17. Tunaikan solat Rawatib
  18. Jaga pancaindera
  19. Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
  20. Hadiri majlis ilmu
  21. Buat baik kepada ibubapa
  22. Isteri hendaklah taat pada suami
  23. Banyakkan bersedekah
  24. Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
  25. Berbuka bersama org tua
  26. Jemput tetamu berbuka
  27. Kurangkan berat badan
  28. Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
  29. Baiki hubungan suami isteri
  30. Baiki hubungan jiran
  31. Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
  32. Elakkan berbelanja berlebihan
  33. Kuatkan kesabaran
  34. Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
  35. Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
  36. Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
  37. Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
  38. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
  39. Berdoa dengan nada lembut dan merayu
  40. Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
  41. Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau  yang meninggal dunia
  42. Melazimkan solat waktu
  43. Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
  44. Elakkan banyak berhutang
  45. Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak
    bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
  46. Mengeluarkan zakat fitrah
Semoga dengan adanya informasi ini, kita sama-sama mendapat rahmat daripadaNya, InsyaAllah..

Friday, July 15, 2011

anakku brain tumour

Penulis : Isyah Radhiah Idris
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Genre: Motivasi keibubapaan
Halaman : 372

Penilaian: 4 1/2 bintang


Sedikit Sinopsis (kulit belakang buku):
"Jangan harapkan sangat daripada anak ini; dia tidak akan hidup lama," beritahu doktor. Benarkah Baihaqi menghidap penyakit yang menjadi igauan ngeri setiap insan? Kepulangan suami mengubat jiwa yang gundah, tetapi empat hari mereka buntu selain pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi.
Buku ini adalah motivasi 'hidup' kepada ibu bapa dan memberi harapan baru kepada mereka yang mempunyai anak senasib dengan Baihaqi. Ia sebuah kembara rohani sepasang suami isteri dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah demi mencari keredhaan Tuhan.
"Gabungan pengalaman dan ilmu berdasarkan fakta... bukan sahaja sebagai panduan untuk mereka yang menghadapi penyakit malah panduan bagaimana hubungan dalam keluarga, saudara mara dan sahabat-handai perlu berlangsung secara ikhlas" - Prof. Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek, Pensyarah Jabatan Dakwah, Fakulti Pengajian Islam, UKM
"Buku ini bukan sekadar mengenai tumor di dalam kranium tetapi menjangkau persoalan seluas atmosfera kehidupan. Bingkisan berharga bagi sesiapa yang mencari pahlawan dalam diri, semangat melawan kental, rahsia perawatan yang begitu unik, harga budi dan kasih sayang serta pergantungan mutlak pada Ilahi. Ia membenarkan: setiap sesuatu sentiasa punya pilihan ketiga yang infiniti" - Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali, Perunding Motivasi dan Penulis Buku
"Sangat terkesan dengan jalan ceritanya. Satu catatan pengalaman yang amat berharga. Wajib dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Kekentalan jiwa seorang ibu membawa kepada kekuatan." - Hasan Suyut, CEO Lotus West Engineering Sdn. Bhd. dan penulis buku Kembara Atiq Wazif: Suatu Anugerah.
"Kita tidak akan tahu sejauh mana kuatnya kita dalam menghadapi ujian hidup sehinggalah satu-satunya pilihan yang ada pada kita hanyalah untuk redha dan sabar dalam menerima qadak dan qadar Allah. Buku ini besar nilai tarbiahnya kerana ia memaparkan bagaimana pasangan suami isteri ini mengurus ujian hidup dengan jiwa tauhid" - Zabidi bin Mohamed, Penulis skrip drama [http://zabidiskrip.blogspot.com]

Ulasanku:
Sudah hampir tiga bulan aku habis membaca buku ini tetapi aku masih tercari-cari ayat yang bersesuaian untuk mengulasnya. Bukan kerana buku ini buku yang terlalu ilmiah tetapi buku ini adalah kisah benar. Kisah perjalanan sepasang ibubapa yang berusaha untuk mencari penawar terhadap penyakit anak kesayangan mereka. Bak kata salah seorang pembaca yang telah mengulas buku unik ini, ia adalah novel realiti. Kisah yang 'hidup' agak sukar untuk diulas oleh pembaca kerana setiap perjalanan kehidupan itu telah ditentukan oleh sang pencipta Yang Maha Esa. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah tidak akan mensia-siakan segala usaha dan jerih perih yang telah dilalui oleh hambaNya.
 
Buku 372 halaman ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama sarat dengan pengalaman pasangan Puan Isyah Radhiah dan Che Amran Raihan yang penuh berliku untuk mencari penawar terhadap penyakit anak ketiga mereka Aqi (Ahmad Mahir Baihaqi). Bahagian kedua pula, Isyah memberikan beberapa tips yang amat berguna untuk kehidupan harian. Antaranya perkongsian diet harian Aqi,  tips khusyuk solat, tips menghafal ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan pelbagai tips ringkas untuk panduan ibubapa yang boleh digunapakai walaupun anak kita sihat.
 
Dalam bahagian pertama buku ini, Puan Isyah telah berjaya melakarkan kisah ketabahan seorang isteri yang dianugerahkan Allah dengan zuriat yang ramai, dan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan penyanyang tetapi sentiasa sibuk untuk menyebarkan dakwah melalui nasyid di dalam dan luar negara dengan baik. Bermula dari menceritakan awal perkenalan mereka, Puan Isyah meneruskan ke saat-saat menghamilkan Aqi, melahirkan dan seterusnya menerima berita yang mengejutkan pada pertengahan tahun 2010 apabila anak ketiganya yang baru berusia 9 tahun telah disahkan menghidap brain tumour. DIagnosis ini telah disahkan apabila Aqi telah sakit kepala secara berterusan dan muntah-muntah selama seminggu. Puan Isyah menerima berita yang amat berat untuk ditanggungnya ketika suaminya, Che Am sedang berkelana ke Australia selama 10 hari untuk pelancaran album Raihan di sana. Pada saya Puan Isyah adalah seorang hamba Allah dan isteri yang sangat tabah dan sabar. Beliau telah membuat keputusan yang tepat untuk mengurangkan simptom-simptom sakit kepala yang dialami oleh Aqi walaupun pada mulanya beliau ragu-ragu untuk meneruskan pembedahan memasang shunt di kepala Aqi.
 
Setelah simptom sakit kepala Aqi beransur pulih, Puan Isyah dan Che Am pula buntu samada perlu meneruskan atau tidak pembedahan untuk membuang tumor Aqi. Empat hari mereka menimbangkan baik buruk risiko pembedahan tersebut dengan mengumpulkan maklumat daripada kaum keluarga, rakan-rakan, pengalaman ibubapa pesakit yang lebih kurang sama seperti Aqi dan pengamal perubatan alternatif.  Pertemuan dengan Kak Zah yang mempunyai anak dengan penyakit yang sama seperti Aqi telah membuatkan Puan Isyah merenung dan berfikir dengan mendalam. Antara pesanan Kak Zah yang menusuk kalbu Puan Isyah,
 "Kita perlu bergerak untuk anak seperti ini. Walaupun dia nampak dah stabil, kita tidak boleh berada di zon selesa."
Walaupun anak Kak Zah sendiri telah menjalani pembedahan, dia menyarankan agar Puan Isyah berusaha mendapatkan rawatan lain terlebih dahulu kerana Isyah masih mempunyai pilihan berbanding Kak Zah yang sebelum ini terdesak membuat keputusan kerana kesuntukan masa untuk membuat pilihan. Keraguan ibunya tentang pembedahan di bahagian kepala juga membuatkan renungan Puan Isyah makin dalam. Mereka terus menerus berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya tanpa jemu. Keputusan perlu dibuat. Ketika segala persiapan sudah dibuat oleh hospital pakar untuk menjalankan pembedahan ke atas Aqi, Che Amran menelefon doktor dan memaklumkan untuk mengguhkan pembedahan dan meminta izin untuk membawa keluar Aqi dari hospital.
 
Sejak dari itu, bermulalah episod perjalanan untuk mencari kaedah-kaedah rawatan alternatif untuk menyembuhkan Aqi. Antaranya terapi solat, terapi doa, terapi al-Quran dan penjagaan pemakanan yang ketat untuk Aqi. Alhamdulillah, akhirnya Aqi sembuh seperti sediakala. Perkara yang terpenting yang dapat aku pelajari dari kisah Aqi adalah jangan putus asa. Jangan putus asa untuk mencari segala macam alternatif perubatan untuk mengubatkan sebarang penyakit dan kita perlu sentiasa yakin kepadaNya. Yakin bahawa Allah tidak akan mensia-siakan segala usaha hambaNya. InsyaAllah, pasti berjaya.
 
Kisah Aqi juga lebih kurang sama dengan kisah seorang adik lelaki sahabat baikku dari UKM dahulu. Aku doakan adik sahabatku itu akan sembuh suatu hari nanti. Semoga kalian tabah dan sabar menghadapi dugaanNya. Percayalah, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah tidak memberikan kita semua yang kita doa dan harapkan kerana Dia ingin kita beramal dan terus beramal.
 
Jika anda tidak percaya tentang novel realiti?? Bacalah kisah ini atau kisah-kisah lain yang ditulis sebagai travelog. Kisah-kisah mereka ini amat manis dan penuh dengan warna-warni sebenar kehidupan.


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...